Friday, April 27, 2012

Surat pertama untuk awak

Salam Awak,

Hari ni hari pertama saya nak bercakap dengan awak. Dah banyak kali saya nak menulis, tapi sentiasa tak ada masa. Tiba-tiba hari ni terfikir, masa memang tak tunggu saya, kalau saya tak kejar masa, sampai bila pun tak dapat menulis pada awak.

Saya kena buat sesuatu lah Awak. Saya pelupa sangat sekarang ni. Sebab umur dah lanjut agaknya. Terlupa nak ambil barang, terlupa nak buat benda.. semuanya kena tulis dan diletakkan peringatan. Kawan saya kata, antara benda untuk tingkatkan kekuatan ingatan adalah, makan vitamin, ginkgo, omega 3, buat aktiviti yang menjana minda macam main sudoku ke, teka silangkata ke, menulis dan melukis. Hah! saya dah beli kanvas, tapi tak ada masa... upps! tak boleh jadi alasan dah. Perkara pertama sekarang, menulis pada Awak lah... harap fikiran saya akan lebih aktif sekarang...

Saya kagum dengan teman-teman yang begitu jelas dengan apa yang mereka buat.. Hari ni ada 'acara' di Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan bukan di Malaysia je, rasanya satu dunia pun tengok. Dan ada teman-teman yang terlibat, menyokong dengan begitu padu dan ada juga yang menentang dengan kerasnya. Bukan nak komen pasal tu, tapi pasal mereka punya pendirian.. Saya ni macamana ye Awak.. selalu bersikap acuh tak acuh dengan apa yang berlaku..

No comments:

Post a Comment