Hi Awak,
Apa pendapat Awak mengenai apa yang berlaku di KL semalam? Awak rasa perlu ke adakan demonstrasi macam tu?
Macam-macam berita dipaparkan, saya tak maksudkan yang di televisyen, rasanya mungkin dah terlalu banyak tapisan. Dari apa yang ditunjukkan dalam FB, internet, jujurnya saya tak tetap tak pasti siapa penyebab sehingga perkara yang menyedihkan berlaku, ada yang cedera, meninggal dunia pun dikhabarkan ada...
Cuma yang saya pasti, saya tak bersetuju dengan kaedah demonstrasi sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah. Itu yang mereka cuba perjuangkan kan? Bila ramai-ramai berkumpul dan walaupun dikatakan perhimpunan aman, tapi dalam hati ada bara. Jika tertiup sikit bara tu, boleh menyala... Tak kiralah siapa yang tiupkan angin tu...
Perbincangan dah tak ada tempat ye Awak? Menulis dah tak mampu menyuarakan rasa ye Awak? Dah tak ada saluran lagi untuk mereka suarakan apa yang mereka perjuangkan ke Awak? Kalau berhimpun sekali pun, berhimpun di tempat khusus yang tak melibatkan awam - orang macam saya yang tak terlibat dan peniaga- tak boleh ke Awak?
Saya perhatikan komen-komen mereka yang menyokong sangat keras, sebab tu saya tak yakin dengan janji bahawa bantahan adalah secara aman. Terbaru, dah ada yang mengajak untuk adakan perhimpunan keempat. Ketagih kah mereka dengan kecelaruan itu? Berfikir dengan hati atau minda?
Semua ni menakutkan saya Awak. Saya tak sukakan kekacauan, saya ngeri mendengar suara orang menjerit-jerit masa kejadian kereta melanggar orang semalam, saya gementar melihat wajah-wajah mereka yang bertempiaran lari.. Dikhabarkan ada kanak-kanak dibawa bersama, perlu ke? Untuk apa dibawa kanak-kanak tu, menyemai semangat juang atau menjadi perisai?
entah la Awak, harap tak ada lagi dah lepas ni...
Sunday, April 29, 2012
Friday, April 27, 2012
Surat pertama untuk awak
Salam Awak,
Hari ni hari pertama saya nak bercakap dengan awak. Dah banyak kali saya nak menulis, tapi sentiasa tak ada masa. Tiba-tiba hari ni terfikir, masa memang tak tunggu saya, kalau saya tak kejar masa, sampai bila pun tak dapat menulis pada awak.
Saya kena buat sesuatu lah Awak. Saya pelupa sangat sekarang ni. Sebab umur dah lanjut agaknya. Terlupa nak ambil barang, terlupa nak buat benda.. semuanya kena tulis dan diletakkan peringatan. Kawan saya kata, antara benda untuk tingkatkan kekuatan ingatan adalah, makan vitamin, ginkgo, omega 3, buat aktiviti yang menjana minda macam main sudoku ke, teka silangkata ke, menulis dan melukis. Hah! saya dah beli kanvas, tapi tak ada masa... upps! tak boleh jadi alasan dah. Perkara pertama sekarang, menulis pada Awak lah... harap fikiran saya akan lebih aktif sekarang...
Saya kagum dengan teman-teman yang begitu jelas dengan apa yang mereka buat.. Hari ni ada 'acara' di Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan bukan di Malaysia je, rasanya satu dunia pun tengok. Dan ada teman-teman yang terlibat, menyokong dengan begitu padu dan ada juga yang menentang dengan kerasnya. Bukan nak komen pasal tu, tapi pasal mereka punya pendirian.. Saya ni macamana ye Awak.. selalu bersikap acuh tak acuh dengan apa yang berlaku..

Subscribe to:
Posts (Atom)