Hi Awak,
Apa pendapat Awak mengenai apa yang berlaku di KL semalam? Awak rasa perlu ke adakan demonstrasi macam tu?
Macam-macam berita dipaparkan, saya tak maksudkan yang di televisyen, rasanya mungkin dah terlalu banyak tapisan. Dari apa yang ditunjukkan dalam FB, internet, jujurnya saya tak tetap tak pasti siapa penyebab sehingga perkara yang menyedihkan berlaku, ada yang cedera, meninggal dunia pun dikhabarkan ada...
Cuma yang saya pasti, saya tak bersetuju dengan kaedah demonstrasi sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah. Itu yang mereka cuba perjuangkan kan? Bila ramai-ramai berkumpul dan walaupun dikatakan perhimpunan aman, tapi dalam hati ada bara. Jika tertiup sikit bara tu, boleh menyala... Tak kiralah siapa yang tiupkan angin tu...
Perbincangan dah tak ada tempat ye Awak? Menulis dah tak mampu menyuarakan rasa ye Awak? Dah tak ada saluran lagi untuk mereka suarakan apa yang mereka perjuangkan ke Awak? Kalau berhimpun sekali pun, berhimpun di tempat khusus yang tak melibatkan awam - orang macam saya yang tak terlibat dan peniaga- tak boleh ke Awak?
Saya perhatikan komen-komen mereka yang menyokong sangat keras, sebab tu saya tak yakin dengan janji bahawa bantahan adalah secara aman. Terbaru, dah ada yang mengajak untuk adakan perhimpunan keempat. Ketagih kah mereka dengan kecelaruan itu? Berfikir dengan hati atau minda?
Semua ni menakutkan saya Awak. Saya tak sukakan kekacauan, saya ngeri mendengar suara orang menjerit-jerit masa kejadian kereta melanggar orang semalam, saya gementar melihat wajah-wajah mereka yang bertempiaran lari.. Dikhabarkan ada kanak-kanak dibawa bersama, perlu ke? Untuk apa dibawa kanak-kanak tu, menyemai semangat juang atau menjadi perisai?
entah la Awak, harap tak ada lagi dah lepas ni...
No comments:
Post a Comment